Monday, 18 August 2014

PENCEMARAN SUNGAI KLANG TERHADAP ALAM SEKITAR





NAMA AHLI KUMPULAN:       NOMBOR MATRIK:
*NAILI SYADIYAH BINTI ABD HALIM                      (02DTM14F1076)
*NURUL SHUHADA BINTI EMY IRYANI                   (02DTM14F1089)
*NORHAFIZAH BINTI JALIL                                         (02DTM14F1075)
*NOR SUZILA BINTI ZABIDIN                                      (02DTM14F1103)
*FARRA FARINIE BINTI CHE RAHIM                         (02DTM14F1099)
*NUR ATHIRAH BINTI ZULKIPLI                                (02DTM14F1101)


TAJUK:
PENCEMARAN SUNGAI KLANG TERHADAP ALAM SEKITAR

KURSUS:
DIPLOMA TEKNOLOGI MAKANAN



SESI:
JUN 2014

NAMA PENSYARAH:
PUAN CIK RAZANA BINTI MOHD KASIM


JABATAN :
TEKNOLOGI MAKANAN



PENGHARGAAN
   Bersyukur kami terhadap Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat kami siapkan tugasan ini dengan jayanya.pertama sekali,kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) kerana memberi peluang kepada kami menghasilkan tugasan ini dengan menyediakan kemudahan seperti perpustakaan bagi memudahkan kami mendapatkan bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk tugasan kami.
   Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Cik Razana Binti Mohd Kasim,pensyarah Pengajian Malaysia kami yang banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada kami dari awal lagi sejak tugasab ini di edarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini.Selain itu,kami juga mengucapkan terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kami dalam menjalankan tugasan ini sehingga sempurna.
   Bukan itu sahaja,kami turut merasa bangga kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan saling bekerjasama antara satu sama lain sehingga dapat melengkapkan tugasan ini dari awal hingga akhir dengan jayanya.
    Akhir sekali harapan kami agar segala yang kami hasilkan dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan kami dalam subjek Pengajian Malaysia serta dapat kami memanfaatkan pada masa akan datang dan dapat memudahkan kami untuk menjawab peperiksaan akhir semesta nanti.





PENGENALAN
   Pencemaran air ialah aktiviti pengilangan,kegiatan pertanian dan bahan buangan domestik daripada kawasan perumahan.Bahan-bahan buangan domestic yang terdiri daripada sampah sarap dan bahan kumbahan di buang sewenang-wenangnya ke dalam sungai.Kebanyakkan kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan buangan di salurkan ke dalam sungai-sungai berkenaan.Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik yang mencemarkan air sungai terutamanya bahan agrokimia.
    Pemprosesan hail-hasil pertanian menghasilkan banyak bahan kimia yang di salurkan ke dalam sungai.Hampas-hampas organic yang menjadi bahan buangan pemprosesan di buang ke dalam sungai.Selain itu,penggunaan baja ,pestisid dan inseptisid untuk membunuh haiwan perosak akan mencemarkan sumber air.















KESAN-KESAN PENCEMARAN SUNGAI KLANG



1.BAU BUSUK
-Timbunan sampah yang menyumbat salur sungai akan menyebabkan berlakunya bau busuk ini boleh mengganggu keselesaan penduduk yang tinggal berhampiran tebing sungai.Selain itu,timbunan sampah juga boleh mencacatkan pemandangan dan menimbulkan imej yang tidak baik bagi pelancong

2.AIR TERCEMAR
-Pembuangan sisa toksik oleh sektor perkilangan dan juga sikap nelayan telah mencemarkan air sungai.Air sungai ini sudah tidak selamat untuk digunakan penduduk bagi kegunaan domestic seperti memasak,membasuh dan mandi







3.KEHIDUPAN AKUATIK TERANCAM
-Air sungai yang tercemar juga boleh menjadi ancaman kepada hidupan akuatik.Kandungan  BOD yang tinggi dalam sungai menjadi satu ancaman kepada hidupan akuatik.Jika keadaan ini berlarutan,hidupan akuatik akan mati.
 








4.BANJIR
-Ekoran daripada kegiatan pemendapan kelodok dan lumpur dari kawasan pembinaan di tebing sungai juga telah menyebabkan dasar sungai menjadi cetek.Ketika hujan lebat,Kawasan rendah di tebing sungai dilanda banjir terutama ketika musim Monsun Timur Laut;

5.PENYAKIT
-Keadaan banjir yang berterusan juga boleh membawa risiko terdedah kepada penyakit seperti taun dan koleira.Oleh sebab itu,kita perlu menjaga kebersihan sumber air seperti sungai,tasik dan laut supaya selamat untuk digunakan.Ini merupakan tanggungjawab bersama yang perlu dilaksanakan oleh setiap individu.






LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN AIR DI SUNGAI KLANG

  Elakkan pembuangan sisa-sisa makanan dan organic didalam longkang.Cara praktikal yang boleh dilakukan ialah menanam sisa-sisa makanan ditapak yang sesuai.
  Kawasan yang dianggap sesuai mestilah terletak agak jauh dari sungai-sungai atau dimana-mana punca air.Ini bagi mengelakkan proses larut resap yang juga boleh mengakibatkan pencemaran.Hal ini dapat mengelakkan penyumbatan sistem pengaliran longkang,pembiakan nyamuk da bakteria serta banjir.
  Langkah yang seterusnya ialah poenguatkuasaan undang-undang.Contohnya Akta Zon Ekonomi Ekslusif 1984 haruslah digunakan setakat yang diperlukan dan mengenakan denda yang lebih tinggi kepada mereka yang mencemari laut dan pantai.Bagi kilang-kilang yang menyalurkan bahan buangan seperti cecair dan pepejal kimia kedalam sungai juga akan diambil tindakan tegas.Penggunaan bahan kimia oleh kilang-kilang juga dihadkan.







RUMUSAN
 Secara kesimpulannya , terdapat pelbagai kesan yang membawa kepada pencemaran air ini.Oleh itu, untuk memastikan pencemaran ini dapat diatasi semua pihak seperti kerajaan , NGO ,swasta dan juga orang awam harus turut sama di dalam menjaga alam sekitar bersama-sama.Alam sekitar adalah anugerah yang tidak terhingga yang harus dipelihara agar warisannya akan kekal untuk tatapan generasi akan datang.








RUJUKAN
*http://rossaclla.blogspot.com/2014/07/masalah-pencemaran-air-contoh-tugasan-geografi-pt3.hpml#ixzz3AGyrGvZn.
*http://202.170.56.249/images/stories/7_Mac_2011_-_Kesan_taun_Metro.jpg
*https://www.google.com.my/search?q=gambar+kesan+pencemaran+air&espv=2&tbm=isch&imgil=pEaUI7FJx65HgM%253A%253BTjACEV3Q0P3ADM%253Bh
*https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEin-APVuuJWu16v9oMY_8QGUpL2QZ31ZX34x2HU9toYiU-NpYcAAHhfysnNUMxiD0zlTUMJECGVo-NiCI7cIZJrCyC2qFwjndl1zM1400mMUKAT-RgyJQ3Lao-CJY66f9OmT5ZnJ9A3Lyk/s1600/ebcfcf1625.jpg











No comments:

Post a Comment